KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini dilaporkan menolak
permohonan polis untuk menahan reman lima pelakon dan produser video iklan
raya promosi judi yang viral baru-baru ini.
Menurut salah seorang peguam kepada pelakon berkenaan, Navin Punj daripada
Gabriel Susayan and Partners, majistret memberi alasan bahawa kesemua
pelakon dalam video berkenaan adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan
syarikat berkenaan.
“Reman pelakon video itu ditolak hari ini oleh mahkamah di IPD Dang Wangi tapi
kita telah akujanji dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk bantu
siasatan kita akan kerjasama.
“Ditolak atas alasan kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan bekerja
dengan syarikat itu, mereka hanya diupah untuk buat video tersebut,” katanya
kepada MalaysiaGazette selepas hadir untuk berjumpa dengan anak guamnya di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebenar tadi.
Tambah Navin, kesemua mereka akan dibebaskan oleh polis hari ini.
Tiga lagi pelakon dan penerbit diwakili seorang lagi peguam.
Menurut Navin, anak guamnya tidak mengetahui apa-apa skrip ketika rakaman
video itu dibuat.
“Semasa rakaman, mereka tidak tahu skip video itu apa. Tidak ada skrip video,
tidak ada lagu dan muzik. Video diambil awal sebelum kejadian ini jadi panas.
Sebab itu majistret menolak permohonan reman tapi kerjasama kita akan beri,”
katanya lagi.
Navin berkata, anak guamnya itu ditahan di IPD Sentul ketika hendak membuat
laporan balas mengenai penularan video berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
berkata, pihaknya telah menahan lapan individu untuk membantu siasatan
mengenai video mempromosikan judi dalam talian itu.
Mereka yang ditahan adalah lima lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat
sebagai pelakon, agen artis, jurukamera, serta produser dan pengarah video
dalam pengambaran video tersebut.
Kesemua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan
pengambaran video berkenaan yang diadakan di dua lokasi di Ampang dan Hulu
Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat penerbit, pelakon video iklan raya judi
- Kami profesional, takkan nak hentikan shooting, kata pelakon video judi raya
- Kesemua pelakon video judi raya berjaya diberkas
- Permohonan reman 5 pelakon, produser video iklan raya judi ditolak
- Islam dihina lagi, satu lagi video iklan raya judi tular
- Hanya perlukan RM180 untuk hina Islam, pelakon judi raya akui dibayar murah
- Pembayar upah pelakon video judi raya ditahan
Please subscribe
Join our Telegram Channel