PETALING JAYA: Polis akan memanggil penerbit dan pelakon yang terlibat dalam
iklan Aidilfitri yang mempromosi judi untuk diambil keterangan, kata Timbalan
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani.
Acryl berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan yang mula tular di
laman sosial sejak semalam.
“Isi kandungan video ini didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh
mendatangkan kegusaran orang awam,” katanya dalam kenyataan.
Siasatan akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di
dalam video ini, dan mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberikan
keterangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta
Rumah Judi Terbuka.”
Acryl berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
akan dihubungi bagi membantu siasatan.
“Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini
menerusi media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” tambahnya.
Semalam, tular video berdurasi dua minit yang dikatakan mempromosikan
perjudian atas talian.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat penerbit, pelakon video iklan raya judi
- Kami profesional, takkan nak hentikan shooting, kata pelakon video judi raya
- Kesemua pelakon video judi raya berjaya diberkas
- Permohonan reman 5 pelakon, produser video iklan raya judi ditolak
- Islam dihina lagi, satu lagi video iklan raya judi tular
- Hanya perlukan RM180 untuk hina Islam, pelakon judi raya akui dibayar murah
- Pembayar upah pelakon video judi raya ditahan
Please subscribe
Join our Telegram Channel