6 April lepas, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau
Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri
susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.
Harian Metro melaporkan bahawa sumber terdekat memberitahu bahawa samada dia
menggunakan laluan tikus atau menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan
pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.
Kes pelariannya itu diakui oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
sendiri, namun begitu tidak dinyatakan secara spesifik lokasi pelariannya.
Namun begitu, dalam satu perkongsian menerusi Instagram hari ini, Sajat
menafikan bahawa dirinya kini sedang berada Thailand, dia mendakwa dirinya
kini sedang berada di Johor Bahru apabila ada netizen menegur dirinya.
"hahahaha hey org ada kat jb la ngok!!!! Celah mana nak pergi thailand tu?? Ko
Ingat bapak Aku wakil rakyat thailand ker!! Semua boder tutup ngok!! Bahalol
😆😆😆😆"
Dalam respon komen itu, Sajat menyatakan bahawa dia sendiri akui bahawa
dirinya tak boleh lari ke negara tersebut kerana sempadan ditutup berikutan
dengan Covid-19 ini.
Join our Telegram Channel