Disebabkan penularan wabak COVID 19 di negara kita yang mana kes jangkitannya
ketika ini dalam keadaan tidak menentu, kerajaan Terengganu baru-baru ini
melaporkan yang jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan di semua masjid dan
surau sepanjang bulan Ramadan.
Menurut TRDI, perkara tersebut telah dimaklumkan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad di mana larangan majlis jamuan
berbuka puasa, moreh dan sahur di semua masjid serta surau dilakukan bagi
membantu kerajaan membendung penularan wabak tersebut.
“Garis panduan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang
bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa sudah diedarkan kepada
jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri.
“Jawatankuasa masjid dan surau diminta menyediakan kurma serta air mineral
bagi membolehkan jemaah yang datang awal untuk menunaikan solat magrib
berjemaah berbuka puasa,” katanya.
“Buat larangan untuk semua majlis berbuka puasa yang ada orang ramai… bukan di masjid saja” – UAI
Perkara di atas juga telah dikongsikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad
Samsuri Mokhtar menerusi akaun Facebook rasminya yang meminta orang ramai
terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut seperti tidak dipersetujui pendakwah
bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang membalas posting Dr Ahmad Samsuri di
bahagian komen.
Menurut Ustaz Azhar, undang-undang atau larangan terbabit sepatutnya diadakan
kepada semua majlis berbuka puasa lain yang dihadiri ramai orang dan bukan
sahaja tertakluk kepada masjid dan surau.
Tambahnya lagi, hotel dan restoran juga patut mengamalkan larangan yang sama
kerana wabak COVID 19 tidak memilih tempat.
“Sokong buat biar adil semua tempat tak boleh”
Komen yang ditinggalkan Ustaz Azhar itu telah mendapat lebih 9,000 likes dan
hampir 2,000 balasan yang mana rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan
tersebut.
Kebanyakan netizen juga berpendapat untuk lebih adil, adalah baik jika semua
tempat dilarang mengadakan majlis berbuka puasa yang mengumpulkan ramai orang
pada satu tempat.
Semua masjid dan surau di Terengganu tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis berbuka puasa dan sahur sepanjang...
Posted by Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar on Sunday, 11 April 2021
Join our Telegram Channel