Ahli Dewan Negara langgar SOP makan di warung



Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Yaakob Sapari dari PKR bersama Ahli Majlis MPP MBSA Zon 5, merangkap Ketua AMK Shah Alam SP Sarawanan menjamu selera selepas melakukan lawatan ke Blok 8, Flat PKNS Seksyen 16, semalam.

Pada mulanya beliau acah-acah makan di atas sebuah motosikal yang kemudiannya beralih ke arah kerusi meja mungkin kerana inginkan penyantapan yang lebih enak dan menyelerakan.

Tidak cukup dengan makan, mereka memeriahkan suasana dengan bersembang mesra seolah-oleh kes Covid-19 di Selangor sudah berkurang mencecah angka sa.


Padahal Selangor adalah negeri yang mencatatkan kes paling tinggi di dalam negara.

Sudah terang lagi bersuluh ini adalah satu pelanggaran SOP dalam Perintah KawalanPergerakan yang sedang berjalan sekarang. 

Rakyat dijamu dengan sikap pemimpin di peringkat Persekutuan yang sering tidak mematuhi SOP yang rupanya pemimpin di peringkat negeri juga melakukan hal yang serupa.

Kita yakin pelanggaran ini pasti akan disiasat oleh pihak berkuasa berbanding tindakan pantas kompaun yang terus dikenakan kepada rakyat jelata.


Menurut Chegu Bard yang dahulunya merupakan pengikut tegar Anwar Ibrahim kini dipercayai menjadi pendekar belaan Azmin Ali, kejadian itu dipercayai berlaku pada hari Sabtu 26 Jun 2021 sekitar jam 4 hingga 7 petang.

Menurut Che Bard lagi, sebelum ini pada 1 Syawal 2021 Senator Yaakob Sapari telah melanggar SOP dengan membuat jamuan hari raya di rumahnya yang sehingga kini tidak diketahui sejauh mana status tindakan yang telah dikenakan terhadap beliau. – Cinca.news








Join our Telegram Channel
Telegram