PAS dikecam cuba ajar Agong, Majlis Raja-Raja



Tindakan Agong dan Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan supaya Parlimen dibuka dengan segera menerima pelbagai reaksi dari segenap rakyat termasuk parti politik.

Majoriti bersetuju dan menyokong tindakan Agong dan Majlis Raja-Raja namun ada juga segelintir yang membantah antaranya PAS.


Semacam tidak bersetuju dengan tindakan Agong dan Majlis Raja-Raja, PAS pusat semalam telah membuat satu hantaran yang seolah-oleh hendak mengajar Agong dan Majlis Raja-Raja tentang skop dan tugas-tugas mereka selaku kerabat dari istana-istana.

Tindakan biadab itu bagaimanapun memakan diri apabila diserang oleh netizen yang berang.

"PAS padam posting yang nak ajar Majlis Raja-Raja setelah menerima ribuan kecaman. 😏

"Kecewa dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, sanggup buat post macam ni. 🤦🏼‍♂️" luah Nabeel Naqie.

"Cilaka puak lebai copy ori ni, bila YDPA bertitah tak ikut kepentingan diorg, mulalah keluar dalil macam²." komen Muhammad Ashraff Husny.


"Melayu mudah lupa. Bila dh dpt jawatan, mula lah berubah" komen Mohd Azlan.

"PAS jadi kurang hajor sangat bila join PN dan ada kuasa sekarang ni. Apa nak jadi PAS la ni... nampaknya PBBM berjaya menjadikan PAS sebagai penderhaka kepada raja² Melayu.." Zakaria Yahaya.

Bagaimanapun hantaran PAS pusat itu tidak dapat dicari dipercayai telah dipadam mungkin terana teruk lunyai dikecam oleh jabatan netizen negara. – Cinca





Join our Telegram Channel
Telegram