Risiko golongan M40 jadi B40, Hi WEALTH tampil bantu dengan penyelesaian ini



Bagi Radzi Tajuddin dan Najib Saahari, Hi WEALTH tak mungkin akan lahir jika tidak kerana perbincangan beratus-ratus jam mereka mengenai masalah M40.

Topik yang menyentuh M40, atau golongan kelas pertengahan Malaysia sangat dekat dengan hati dua usahawan muda ini.

“Kalau kita tengok selepas pandemik COVID-19 tahun lepas, golongan T20 tiada masalah untuk mengharungi kemelesetan ekonomi. Golongan T1 siap buat untung lagi,” kata Radzi Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME. “Yang banyak terjejas adalah B40 dan M40.”

“Alhamdulillah untuk B40, mereka dibantu dengan banyak oleh kerajaan. Tapi untuk M40, tak banyak yang mereka dapat dari Kerajaan selain potongan cukai,” jelas Radzi lagi.


Kenyataan Radzi itu ada benarnya. Pada tahun 2020, 50 orang terkaya di Malaysia telah menyaksikan jumlah kekayaan mereka meningkat 14% kepada RM371 bilion.

“RM371 bilion itu dah merangkumi 25% saiz KDNK Malaysia,” kata Najib Saahari, pengasas TradingPlan.io.

Sementara itu bagi golongan M40, realiti mereka berbeza 180 darjah dengan golongan kaya.

Kadar pengangguran pada bulan April 2021 adalah pada 4.6% – lebih tinggi berbanding ketika krisis kewangan Asia 1997 (3.4%) dan krisis kewangan global 2008 (3.6%).

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sejumlah 35.5% pekerja swasta pula dipotong gaji semasa pandemik tersebut. Jumlah rakyat Malaysia yang pekerjaannya tidak setaraf dengan kelayakan tinggi mereka (underemployed) pula bertambah ke 1.89 juta pada 2020, berbanding 1.46 juta pada 2019.


“Memang benar sangatlah perumpamaan yang orang kata mengenai kelas pertengahan: terlalu kaya untuk menerima bantuan kerajaan, terlalu miskin untuk hidup selesa,” kata Radzi.

“Jika masalah ini tidak ditangani, jurang kekayaan di Malaysia akan semakin melebar dan ini tak bagus kepada sesiapa – hatta kepada T20 sekalipun.”

Sekali pandang, solusinya nampak mudah. M40 perlu berjimat-cermat. Tetapi menurut penganalisis ekonomi dan pensyarah senior UiTM, Dr. Baayah Baba, solusi ini juga ada impak negatif kepada iklim makroekonomi negara.

“Banyak perbelanjaan keluarga M40 seperti penjagaan anak, pinjaman rumah, tuisyen dan hiburan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” kata Dr. Baayah.

“Jika M40 terpaksa terus berjimat dan berjimat, mereka akan kurang berbelanja. Apabila mereka kurang berbelanja, ini akan mempengaruhi KDNK negara.”


Bagi Radzi dan Najib, selain belajar berjimat-cermat, M40 juga perlu belajar meningkatkan pendapatan. Atas sebab inilah, mereka melancarkan Hi WEALTH.

Hi WEALTH merupakan sebuah program digital pemecutan penjana kekayaan untuk M40. Menerusi Hi WEALTH, golongan M40 akan diajar cara membuat lebih banyak modal daripada modal yang mereka sedia ada.

Pelbagai kelas aset seperti saham, mata wang kripto dan hartanah akan diajar kepada mereka untuk menjana kekayaan buat M40.

Hi WEALTH juga memberikan golongan M40 akses untuk mendapatkan ilmu, kepakaran, rangkaian dan motivasi daripada pelabur-pelabur berjaya dari pelbagai industri.

Maklumat lanjut mengenai Hi WEALTH boleh diperolehi di laman sesawang rasmi mereka iaitu https://www.hiwealth.asia/. – Vocket

 


Join our Telegram Channel
Telegram