Temuduga tertutup di SKMM, Gaji RM2,000



Kepada yang sedang mencari pekerjaan, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui inisiatif Penjana Kerjaya 2.0 telah memperkenalkan Perogram Perantisan kepada lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi.

Melalui program ini, mereka yang terpilih akan menimba pengalaman bekerja jangka pendek secara sepenuh masa untuk sekurang-kurangnya 3 bulan.

Oleh itu, pada Jun 2021 ini – Ibu Pejabat SIP PERKESO Putrajaya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan temuduga tertutup bagi pengambilan program berkenaan. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga tertutup yang akan diadakan: –


Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Program Perantisan
  • Gaji: RM2,000
  • Penempatan: Putrajaya

Syarat-Syarat Kelayakan

  • berumur di antara 18 – 30 tahun.
  • Merupakan graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
  • Memeliki sekurangnya Ijazah Sarjana Muda untuk permohonan jawatan ini.

Maklumat Temuduga

Temuduga tertutup ini akan dilaksanakan secara atas talian (online) dengan dikendalikan oleh Ibu Pejabat SIP PERKESO Putrajaya:
  • Majikan: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  • Tarikh: 18 Jun 2021 (Jumaat)
  • Masa: 09.00 am – 04.00 pm
  • Medium: Secara dalam talian (online)


Maklumat platform dalam talian yang digunakan akan dimaklumkan kepada calon melalui email selepas calon berjaya menghantar pendaftaran temuduga.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, pendaftaran temuduga boleh dibuat melalui BORANG INI dengan mengisi maklumat pengenalan diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta.

Calon dikehendaki melengkapkan maklumat dengan tepat, bagi memastikan pihak PERKESO dan SKMM dapat menilai kelayakan calon.

Untuk sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pegawai bertugas, di talian: 013-8012424 atau melalui e-mel: athirah.zahari@perkeso.gov.my

 

Join our Telegram Channel
Telegram