KENYATAAN MEDIA
1. UMNO menjunjung kasih dan menyokong penuh titah KDYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan
Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
2. Ini jelas menzahirkan kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu terhadap segala keresahan dan
kegelisahan rakyat terhadap pelbagai krisis yang sedang melanda negara ketika
ini.
3. Saya amat menghargai kecaknaan Seri Paduka Baginda yang mengambil kira
segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi mengadap pada
11 Jun lalu.
4. Dalam sesi mengadap tersebut, saya turut menjelaskan bahawa Parlimen harus
dibenarkan berperanan sebagai platform rasmi menyuarakan pelbagai suara hati
rakyat yang sedang dalam kesempitan seperti tuntutan Moratorium automatik
secara pukal, kawalan harga barang, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai
bantuan khas kepada rakyat sekaligus memulihkan semula ekonomi negara.
5. UMNO juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk
Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 kerana kemudaratannya lebih besar
kepada negara, sedangkan tanpa Darurat Kerajaan masih boleh menguruskan
isu-isu berkaitan pandemik Covid-19.
6. UMNO juga mendokong dan memandang serius saranan Seri Paduka Baginda akan
keperluan mewujudkan sebuah Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya
berfungsi dengan efektif dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi
negara.
7. Sekali lagi UMNO ingin merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan
menjunjung kasih tidak terhingga kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang sentiasa menjadi sandaran dan payung
tempat rakyat berteduh di saat-saat rakyat amat susah dan gelisah memikirkan
tentang kelangsungan hidup mereka.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
16 Jun 2021
ARTIKEL BERKAITAN:
- AGONG: Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin
- Majlis Raja-Raja: Tiada keperluan sambung darurat selepas 1 Ogos
- Agong tak tetap bulan berapa buka Parlimen, kata Takiyuddin
- UMNO sokong Agong, buka Parlimen, tamatkan darurat, tuntut bantuan untuk rakyat – Zahid
- Agong, Raja-Raja tak puji pentadbiran PN – Najib
- Agong suruh segerakan sidang Parlimen, pemimpin PPBM kata macam binatang politik
- Takiyuddin mungkin dipanggil beri keterangan, kata Hamzah
- DARURAT: Agong boleh arah parlimen bersidang tanpa nasihat PM
- Ahli Parlimen boleh bersidang dalam kilang sebab sana selamat – Najib
- Buka Parlimen dalam masa 14 hari, atau... – Zahid
- PAS dikecam cuba ajar Agong, Majlis Raja-Raja
- TERKINI: Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari
Join our Telegram Channel