Waktu bank hampir muflis bail out guna wang rakyat, bila rakyat susah kenapa bank tak bantu? – Asyraf



Memang style Menteri Kewangan ni kena kita desak secara berterusan, barulah dia bagi sikit-sikit.

Cuma sebagaimana desakan Pemuda UMNO, kami bukan sahaja minta Kerajaan pertimbangkan Moratorium Automatik kepada para peniaga yang terjejas akibat tidak berniaga disebabkan PKP, tapi juga dua perkara utama:

1. Moratorium Automatik secara pukal untuk semua kategori termasuk B40, M40 dan Pengusaha Kecil dan Sederhana;


2. Moratorium TANPA CAJ ataupun FAEDAH tambahan yang sifatnya ‘COMPOUNDED’ dan amat membebankan rakyat.

Tolonglah Rakyat yang sedang menderita, tertekan dan amat memerlukan bantuan ini!

Kami hampir setiap hari menerima beratus aduan dan maklumbalas perihal pengalaman masing-masing berurusan dengan bank-bank.


Jangan lupa! Waktu bank-bank hadapi krisis kewangan sehingga hampir muflis/bangkrup tahun 1997, WANG RAKYAT juga digunakan kerajaan untuk 'BAIL_OUT', dengan cara memindahkan NPL (aset-aset bank yang bermasalah -non-performing loans) kepada DANAHARTA dan DANAMODAL.

Sekarang bila rakyat pula susah, BANK_BANK pula patut berkorbanlah sedikit (bukan rugi pun: hanya kurang untung) untuk bantu rakyat yang susah dan terdesak dalam keadaan krisis yang amat luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

– Dr Asyraf Wajdi Dusuki



Join our Telegram Channel
Telegram