Setiap manusia tidak dapat lari daripada ujian kehidupan yang datang tanpa
diduga.
Ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalah kewangan
dan ada yang diuji dengan kesakitan.
Ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu
dihadapi.
Di Instagram, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah sedih
mengenai keadaan ayahnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut
tahap akhir.
Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.
Menurut Ustaz Ebit, keadaan ayahnya semakin kritikal dan kanser tersebut sudah
merebak ke semua anggota badannya yang lain.
Oleh itu, dia memohon orang ramai untuk berdoa. Ustaz Ebit juga meluahkan rasa
syukur kerana diberi peluang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
untuk melawat ayahnya yang sudah terlantar di hospital.
Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapa. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.
Sebagai anak, Ustaz Ebit sentiasa mengingati pesanan ayahnya supaya meneruskan
misi bantuan.
Tambahnya, dia menghadiahkan kesemua pahala dan kebaikan yang dilakukan
olehnya itu untuk ayah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel