KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi berita duka tentang
pemergian bapanya sebentar tadi.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Ebit memaklumkan kini sedang
dalam perjalanan ke Hospital Gleanagle untuk membawa jenazah ayahnya untuk
dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang dan kemudiannya di bawa ke Muadzam
Shah Pahang.
“Innalillahi wa inna lillahi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja
meninggal dunia. Ya allah berat rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi
dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak kat sana,
letakkanlah mereka bersama. Ya allah, inilah ayaku yang sangat baik. Terima
kasih pinjamkan dirinya untukku.
“Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospotal untuk bawa jenazah ayah untuk
dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah
Pahang. Pohon doakan buat ayah dan hadiahkan Al Fatihah,” katanya
Sebelum ini Ebit memaklumkan kondisi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew yang
sedang tenat dan menerima rawatan di hospital.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Doktor kata kanser perut ayah stage akhir hanya menanti hari – Ustaz Ebit Lew
- TERKINI: Ayah Ustaz Ebit Lew meninggal dunia
Join our Telegram Channel