Benjy sempat khatam al-Quran dalam penjara



KUALA LUMPUR – Pemergian pelakon Benjy di Medan, Indonesia akibat asma semalam mengejutkan peminat seni di negara.

Namun Benji atau nama sebenarnya,  Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggalkan banyak kisah-kisah baik dikongsi rakan artis yang masih menghubungi dalam penjara.


Malah sepanjang empat tahun berada di penjara, ramai yang tidak mengetahui bahawa arwah yang juga anak seniwati, Allahyarham Azean Irdawaty sebenarnya sempat khatam al-Quran ketika berada dalam penjara.

Dalam satu surat undangan, terdapat satu majlis khatam Al-Quran yang telah dianjurkan pada 17 Februari lalu di Masjid At Taubah Lapas Klas 1, Medan.

Malah, nama arwah juga telah tersenarai sebagai salah seorang banduan yang telah khatam al-Quran dan berada dalam majlis berkenaan.


Sementara itu, Benjy sebelum ini sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara di Medan, Indonesia setelah didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis methamphetamine.

Arwah yang ditahan pihak Kastam Dan Eksais sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan Indonesia pada 18 April 2017 telah dikenakan hukuman penjara 11 tahun 8 bulan oleh mahkamah. – MG


ARTIKEL BERKAITAN: 


Join our Telegram Channel
Telegram