GEORGETOWN: Pengguna Facebook, Nini Siron yang dikaitkan dengan penyebaran
gambar tular Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memandu uji
kenderaan ketika tempoh Perintah Pelaksanaan Pergerakan (PKP) melahirkan rasa
syukur kerana isu tersebut akhirnya terjawab.
Malah, menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebooknya, dia turut
mempersoalkan sama ada pihak-pihak yang telah melemparkan pelbagai tuduhan
terhadapnya akan tampil memohon maaf.
Nini Siron berkata, banyak pihak telah menuduhnya membuat fitnah terhadap
Menteri Besar Kedah berkenaan dalam isu terbabit.
“Mereka melabel saya sebagai RBA, menggelar saya sebagai anjing parti politik
tertentu, mencela dengan kata-kata lucah dan jijik, mengaibkan saya, memaki
hamun suami serta adik dan kakak saya.
“Sebagai orang besar, mereka lantang menyindir saya. Saya diserang secara
peribadi juga. Hebat, tidakkah mereka rasa berdosa atau adakah mereka
terkecuali daripada dosa?
“Adakah mereka yang bertanggungjawab akan memohon maaf kepada saya? Anda tahu
anda siapa,” katanya yang dipetik menerusi Facebooknya di sini hari ini.
Semalam, polis memaklumkan Muhammad Sanusi akan dikenakan kompaun dalam masa
terdekat selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan
memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam dekat sini,
bulan lalu.
Sebelum ini, laporan polis dibuat seorang individu selepas gambar yang
mendakwa beberapa individu termasuk Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta
di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) 3.0 tersebar di dalam media sosial.
Kejadian itu didakwa berlaku pukul 6.30 petang 5 Jun lalu yang mana Muhammad
Sanusi dilihat datang ke pusat terbabit bersama dua lelaki dengan menaiki
kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik Syarikat Air Darul
Aman Sdn Bhd (SADA).
Dalam pada itu, menerusi status di Facebooknya juga, Nini Siron berkata, dia
juga bersyukur kerana selepas lebih 40 hari segalanya telah terjawab.
“Menurut beberapa laporan di media sosial tentang kes langgar SOP Menteri
Besar Kedah, akhirnya arahan untuk kompaun telah dikeluarkan.
“Untuk pihak polis, sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kerana
memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa undang-undang adalah harapan kami,”
katanya
ARTIKEL BERKAITAN:
- MB Kedah test drive kereta waktu PKP, lari naik Vellfire selepas kantoi
- Pandu uji kereta ketika PKP, MB Kedah disiasat polis
- MB pi jengok kereta je, bukan nak pi beli
- Nini pertahan dakwaan MB Kedah test drive kereta walaupun teruk dikecam
- MB Kedah mengaku berlaku kejadian test drive, Setpol kantoi menipu
- Kes test-drive MB Kedah polis tunggu nasihat pendakwa
- MB Kedah dikompaun langgar SOP test drive, terbukti sebelum ini beliau menipu
- Individu kantoikan MB Kedah test drive lahir rasa syukur, saya bukan RBA
Join our Telegram Channel