Jika Parlimen tak selamat, sidang di kebun durian – Najib



Semalam kecoh apabia Timbalan speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon dirakam lensa kamera sedang menikmati acara makan durian dengan sekumpulan individu yang jelas melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

Acara itu dikatakan berlangsung di kawasannya di Batu Pahat pada Ahad lalu.


Ketika dihubungi media, Rashid mengatakan kenduri durian itu berlaku tahun lalu dan ia merupakan "video lama".

Kenyataan Rashid menimbulkan ketidakpuasan hati netizen sehingga akhirnya harini beliau mengaku bersalah dan mengakui kenyataannya sebelum ini adalah tidak betul.

Perkara itu juga telah menrik perhatian bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak melalui posting beliau di Facebook hari ini.

"Jika parlimen masih tak selamat untuk buka dan tiada kilang bersetuju kita bersidang di sana, kita try pula bersidang di kebun durian."


"Timbalan Speaker dah lama siap siaga kat sana. Sejak awal tahun lalu sebelum pandemik pun." sindir Najib

Sebelum ini Najib juga pernah mencadangkan agar kerajaan benarkan ahli-ahli parlimen bersidang di kilang kerana kerajaan masih benarkan kilang-kilang dibuka sementara Parlimen masih lagi ditutup dengan alasan pandemik. – TunCarlos




Join our Telegram Channel
Telegram