KECOH: PAS kata Mahiaddin masih ada majoriti, Jelutong cabar buat undian



PETALING JAYA: RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini mencabar agar undian dibuat untuk membuktikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti. 

Cabaran dibuat selepas Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) mengatakan Muhyiddin (Bersatu-Pagoh) mempunyai sokongan majoriti ketika berbahas.


Rayer dalam masa yang sama mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Tarmizi mengelirukan dan menghina Dewan Rakyat.

“Mana-mana ahli yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis. Memang Yang Berhormat Pagoh tiada majoriti. Kalau betul kita undi. Saya cabar kita undi atas perkara ini. Kenyataan Sik adalah kenyataan mengelirukan dewan.


“Berani atau tidak Sik kita buat undi perkara ini. Saya cabar,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang turut bangkit mempertikaikan kenyataan Ahmad Tarmizi dan menggesa agar undian dibuat untuk menentukan sama ada Muhyidin mempunyai majoriti atau tidak. – Utusan





Join our Telegram Channel
Telegram