TERKINI: Meeting MT UMNO panas, majoriti bertegas mahu keluar PN



PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merancang untuk tetap keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan jawatan Perdana Menteri diberikan kepada parti itu.

Mesyuarat yang berlangsung bermula pulul 8.30 malam tadi itu dikatakan tegang selepas setiap ahli MT menyuarakan pendapat yang UMNO adalah sebuah parti perlu berdiri sendiri, sekali gus satu keputusan besar perlu dicapai untuk menuju kearah itu.


Malah menurut salah seorang MT yang hadir dalam mesyuarat itu, ada dalam kalangan mereka yang berpandangan langkah drastik perlu diambil kerana jika program vaksinasi yang sedang berjalan itu berjaya dan kes Covid-19 menunjukkan penurunan, maka UMNO akan hilang peluang terbaik memandangkan ketika ini rakyat sedang marah terhadap kerajaan.

“Kena buat cepat, pasal nanti kalau vaksinasi berjaya jumlah angka jangkitan akan turun,” katanya.

Difahamkan, Mesyuarat MT UMNO malam ini tidak menjadikan isu jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai fokus utama, tetapi lebih kepada UMNO perlu memegang jawatan Perdana Menteri semula bagi mentadbir negara.


Antara perkara lain yang turut dibincangkan, jawatan menteri dan ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Majoriti MT berpendapat ia perlu dikekalkan dalam pembentukan kerajaan baharu dan hanya Perdana Menteri baharu sahaja yang diganti.

Mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kini disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia tidak menimbulkan sebarang persoalan, dan majoriti MT mengucapkan tahniah kepadanya. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram