UMNO Melaka sokong keputusan MT, Presiden henti sokong Muhyiddin



MELAKA: Badan Perhubungan UMNO Melaka menyifatkan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah wajar dan tepat.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, keputusan tersebut adalah mengikut ketetapan yang diambil daripada suara akar umbi seperti yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.


“Apa juga keadaan pun, MT tidak boleh meletakkan kepentingan atau pandangan mereka melebihi kepentingan Perhimpunan Agung lalu kerana keputusan itu sudah menggambarkan kehendak tiga juta ahli.

“Secara keseluruhan, UMNO tidak meletakkan kepentingan parti kepada satu atau dua individu semata-mata, tetapi harus meletakkan kepentingan suara akar umbi yang menentukan bahawa apa yang perlu dilakukan.


“Sebagai ahli MT mereka sepatutnya memperhalusi apa juga pandangan-pandangan atau kehendak ahli di peringkat bawah itu sendiri,” katanya kepada Utusan Online. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram