PETALING JAYA: Pemimpin parti Bersatu dan mereka yang berpihak kepada Perdana
Menteri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN)
di Publika, pagi ini.
Setakat jam 9.15 pagi ini, pemimpin Bersatu yang dilihat hadir adalah Timbalan
Presiden parti Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid
Hasnon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.
Ahli Parlimen Bebas Xavier Jayakumar turut hadir untuk pertemuan yang dijangka
bermula sebentar lagi.
Mesyuarat itu diadakan ketika spekulasi mengenai peletakan jawatan Perdana
Menteri Muhyiddin Yassin semakin kuat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Pemimpin Bersatu berkumpul di pejabat PN di Publika selepas kecoh Mahiaddin letak jawatan
- TERKINI: Redzuan sahkan Muhyiddin persembah surat peletakan jawatan esok
- Khairy mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang berkhidmat
- Pembangkang mesyuarat calonkan Dr M sebagai PM kali ke-3, Anwar calon PM PRU15
- Ismail Sabri jumpa Zahid dapatkan sokongan untuk jadi PM
- Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Dr M
- Keputusan Muhyiddin letak jawatan PM tepat, kata MIC
Join our Telegram Channel