Penyanyi Aishah dijangkiti Covid-19



PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah disahkan telah dijangkiti virus Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri penyanyi lagu Camar Yang Pulang ini setelah memuat naik sebuah video di Instastorynya sebentar tadi.


“Positif Covid, tolong doakan kami,” tulisnya.

Menerusi video itu, seorang individu yang dipercayai petugas kesihatan dirakam sedang menerangkan sesuatu kepada penyanyi ini yang ketika itu sedang duduk dalam keadaan lemah.


Selain itu, dalam perkongsian lain di Instagram, Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, sempat memuat naik sekeping gambar swafoto menunjukkan raut wajahnya yang lemah dan tidak bermaya.

“Perjalanan naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang, tolong doakan,” tulisnya pendek. – Utusan

 

Join our Telegram Channel
Telegram