Syak curang, lelaki jahit kemaluan isteri guna benang aluminium



MADHYA PRADESH: Seorang lelaki bertindak kejam apabila menjahit kemaluan isterinya selepas menyangka wanita itu berlaku curang terhadapnya.

Insiden itu berlaku di daerah Singrauli dan doktor yang memeriksa wanita tersebut mengesahkan kemaluannya cedera akibat dijahit oleh suaminya.

Hospital kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis dan suami wanita tersebut kini menjadi buruan pihak berkuasa.


Bagaimanapun, wanita itu merayu kepada polis supaya tidak menahan suaminya, sebaliknya hanya menegur atau memarahi lelaki tersebut. 

Jurucakap polis Singrauli, Anil Sonkar berkata, polis masih mengesan lelaki tersebut dan dia tetap akan ditahan kerana melakukan penderaan domestik.

“Suspek yang berusia 22 tahun didakwa mengikat tangan isterinya sebelum menjahit kemaluan wanita itu menggunakan benang alumininum.

“Walaupun isterinya merayu jangan dicederakan, suspek tetap melakukan perbuatan itu, selain memukulnya sebelum melarikan diri,” kata Sonkar.


Selepas insiden itu, wanita tersebut dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Sementara itu, insiden tersebut bukanlah pertama kali berlaku di India apabila pada Mac lalu, seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh ditahan selepas menjahit kemaluan teman wanitanya menggunakan benang aluminium.

Motif insiden sama iaitu lelaki berkenaan mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dengan lelaki lain. – AGENSI


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram