Tiada sidang media TPM petang ini



PETALING JAYA: Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa Ismail Sabri Yaakob akan membuat pengumuman penting pada 4 petang ini.

“Tiada,” katanya ringkas kepada FMT ketika ditanya mengenai kesahihan laporan berkenaan.

Sebaliknya, Ismail difahamkan akan menghadiri satu program di ibu negara petang ini.


Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Naib Presiden Umno itu akan mengumumkan pendirian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media itu.

Ismail tidak menyertai sidang media maya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam yang turut dihadiri beberapa pemimpin Umno, antaranya Timbalan Presiden, Mohamad Hasan; Setiausaha Agung, Ahmad Maslan; bekas presiden, Najib Razak; veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said. – FMT




Join our Telegram Channel
Telegram