SUNGAI PETANI – Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki warga emas yang dilihat dalam keadaan lemah dan cuba berdiri dengan berpaut pada katil sebelum meninggal dunia tular di media sosial, hari ini.
Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook itu menunjukkan pesakit berkenaan yang memakai kain tanpa baju cuba berdiri dengan berpaut pada katil dalam keadaan lemah.
Seterusnya, lelaki itu dilihat terbaring dengan beg urin yang masih berada di sisinya sebelum badan si mati ditutup dengan kain putih.
Hantaran tersebut juga mendakwa pihak hospital gagal memberikan rawatan serta-merta kepada pesakit dengan wad berkenaan dipercayai menempatkan pesakit Covid-19.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel