Jika anda peminat kereta-kereta klasik, sudah pasti anda cukup kenal dengan
Facebook Group ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ yang sentiasa penuh dengan hantaran
mengenai kenderaan buatan sebelum tahun 2000 yang ada di Malaysia.
Baru-baru ini ada seorang lelaki bersama rakannya terserempak sebuah kereta
Mercedes klasik di atas jalan, lalu dia cuba mengejar kereta itu bagi
membolehkan kawannya merakam kereta Mercedes klasik yang mereka jumpa.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melepasi kereta Mercedes klasik tersebut
kerana ia dipandu sendiri oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’
Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Tok
Mat’ yang cukup dihormati dan disenangi oleh orang ramai.
Dalam video tersebut, kelihatan Tok Mat tersenyum apabila dirinya dirakam
semasa beliau sedang memandu kereta klasik tersebut.
Video itu telah meraih perhatian ahli Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000
Official yang meminati model kereta Mercedes klasik serta peminat ‘Tok Mat’
yang lain.
Untuk pengetahuan semua, sebelum Tok Mat terjun ke dalam bidang politik,
beliau adalah tokoh korporat berjaya yang telah memegang beberapa jawatan
tertinggi di pelbagai syarikat korporat.
Salah satunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada jenama kereta buatan
Jerman, Mercedes-Benz.
Join our Telegram Channel