PANAS: Mangsa dedah bukti mesej lucah dikatakan dari Ustaz Ebit Lew



Salah seorang mangsa yang menerima mesej lucah dari individu yang mendakwa sebagai Ebit Lew telah menghantar mesej WhatsApp kepada saya meminta saya untuk kongsikan bukti-bukti mesej lucah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa agar tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa pada masa hadapan.


Mangsa telah membuat laporan polis


Setelah berbincang dengan sekumpulan penasihat syariah & pakar perundangan, Alhamdulilah mereka memberikan keizinan kerana semua perkongsian ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam & juga undang-undang.

Buat pengetahuan sahabat semua, kesemua mesej ini saya telah lihat dengan mata saya sendiri dari WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.


Semua bukti telah diserahkan kepada pihak polis


Saya TERPAKSA berkongsi di telegram channel saya https://t.me/brofirdauswong kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen kelucahan melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang ‘report’.

Harap maklum.

 




Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.

Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman.

Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah lama buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan.

Kini setelah laporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di medsos tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dihina dan diserang. No problem, kami bersabar.


Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Bak kata Tuan Kamal Affandi, “kita bukan nak kurangkan predator seksual tetapi kita nak kurangkan jumlah orang dari menjadi mangsa.”

Kami akan terus membantu mangsa-mangsa untuk keluar dari masalah ini dan mendapatkan keadilan. Kami tidak menagih simpati atau pujian. Kami mohon sahabat doakan mangsa-mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

Yang pernah menjadi mangsa mana mana ‘sexual predators’, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan membantu anda semampu kami dengan PERCUMA untuk mendapatkan keadilan.

Beberapa bukti saya telah kongsikan di Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong atas permintaan mangsa.



“Tengok badan, badan ke kaki ke”

Rakaman suara mirip Ebit Lew yang dikongsikan mangsa yang telah membuat laporan polis. Ini antara bukti yang telah diserahkan kepada pihak polis.

Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil berani membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih orang lain pula menjadi mangsa.











Ini antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang saya tengok sendiri dari phone mangsa. Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepda saya. Ini antara bukti yang telah diserahkan kepada pihak polis.

Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil berani membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih orang lain pula menjadi mangsa.

Saya merasa geli membaca tetapi terpaksa berkongsi agar masyarakat sedar bahawa bila kami bercakap tentang isu ‘sexual predators’, ianya sesuatu yang serius.

Mohon jaga adab & akhlak. Doakan keadilan tertegak. Moga Allah lindungi ahli keluarga dan masyarakat kita dari ‘sexual predators’…

Yang pernah menjadi mangsa mana mana ‘sexual predators’, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan membantu anda semampu kami dengan PERCUMA untuk mendapatkan keadilan.

Sumber: Firdaus Wong



Join our Telegram Channel
Telegram