Najib kongsi gambar bersama 9 duta asing, netizen tanya di mana Hadi



Group photo pertemuan dan perbincangan kami minggu lepas.

Dari kiri ke kanan:
(1.) Tuan Yang Terutama (TYT) Thamer Abdalla Mohammad Adwan, Duta Jordan.
(2.) TYT Roland Galharague, Duta Perancis
(3.) TYT Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan
(4.) TYT George Bitar Ghanem, Duta Lebanon
(5.) Ahli parlimen Pekan
(6.) TYT Fahad Mohammed Kafoud, Duta Qatar
(7.) TYT Walid Abu Ali, Duta Palestine
(8.) TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi, Duta Oman
(9.) TYT Dr Mohid Rahman Spingar, Duta Afghanistan


Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing

Busy sikit hari ini.

Sepanjang hari ada urusan kebajikan untuk penduduk kampung.

Ramai hidup susah akibat kehilangan kerja dan kekurangan dari segi pendapatan sejak Covid-19 melanda.

Saya cuba bantu apa yang boleh ikut kemampuan sebagai ahli Parlimen.


Sebentar tadi pula saya berada di Kedutaan Qatar.

Saya berbesar hati dapat bertemu dengan beberapa perwakilan asing dari kalangan Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta Besar Qatar ke Malaysia TYT Fahad Mohammed Kafoud yang menjadi tuan rumah malam ini.

Bersama tadi juga ialah TYT Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Jordan), TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Oman), TYT George Bitar Ghanem (Lebanon), TYT Walid Abu Ali (Palestin), TYT Dr. Moheb Rahman Spinghar (Afghanistan), TYT Roland Galharague (Perancis) dan TYT Amna Baloch (Pakistan).


Banyak yang kami bincangkan dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa.

Saya berharap hubungan Malaysia dengan negara-negara luar akan bertambah erat dan kukuh.

Hanya melalui persaudaraan dan hubungan baik yang terjalin akan dapat memudahkan kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan yang akhirnya membawa manfaat kepada rakyat.

– Najib Razak


* Untuk makluman, gaji Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah adalah RM27,227.20












Join our Telegram Channel
Telegram