KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman diminta terjun
dari Menara KLCC tanpa menggunakan payung terjun jika berhasrat meraih
perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar.
Kenyataan diberikan melalui Instagram rasmi Baginda itu lantas mendapat
perhatian ramai, termasuk orang ramai yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar.
Ia timbul setelah Baginda membuka ruang pertanyaan di akaun rasmi Baginda,
untuk orang ramai mengajukan apa sahaja soalan dikehendaki.
Susulan kebenaran, seorang netizen meminta Tunku Ismail menyatakan perkara
yang perlu dilakukan Syed Saddiq, jika beliau ingin meraih perhatian
Baginda.
“Terjun dari KLCC tanpa ‘parachute’ (paying terjun),” titah Tunku Ismail
ringkas, kepada soalan yang diajukan kepadanya di ‘Insta Stories’ semalam.
Buat masa ini Syed Saddiq masih belum mengeluarkan sebarang respon kepada
kenyataan Tunku Ismail yang lebih popular dengan gelaran TMJ itu.
Hubungan antara kedua-dua anak jati Johor itu dikatakan mula renggang selepas
Syed Saddiq memenangi kerusi Parlimen Muar semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada
tahun 2018.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel