TERKINI: CEO LHDN letak jawatan selepas Najib lapor polis



PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabin Samitah dilaporkan telah meletakkan jawatan, kata sumber dalaman.

Menurut maklumat daripada sumber itu, hari terakhirnya berkhidmat adalah pada Jumaat dan FMT telah menghubunginya untuk mendapatkan ulasan.


“Beliau telah memaklumkan pengurusan tertinggi LHDN mengenai peletakan jawatannya,” menurut sumber.

Bagaimanapun, alasan peletakan jawatan itu tidak dapat dipastikan biarpun terdapat dakwaan salah guna kuasa dilemparkan terhadap LHDN sejak beberapa minggu lalu.


Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah membuat laporan polis terhadap pegawai LHDN yang didakwa mengenakan “cukai tambahan” terhadapnya.

Beliau mendakwa telah menghantar bukti kepada polis mengenai pegawai LHDN tertentu yang didakwa menyalahguna kuasa dan menggunakan dokumen palsu dalam kes cukai terhadapnya. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram