Kontrak Sabin sebagai CEO LHDN ditamatkan



PETALING JAYA: Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sabin Samitah ditamatkan berkuasa kuasa esok.

LHDN dalam kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman sesawangnya memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memendekkan kontrak perkhidmatan Sabin.


Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Mohd Nizom Sairi, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDN yang baharu berkuat kuasa 19 Okt menggantikan Sabin.

LHDN turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di agensi itu. – FMT





Join our Telegram Channel
Telegram