US $ 45 bilion (RM188 bilion) !!
Saya rasa lebih baik Mahathir saman portal MSN Money ini.
Dimiliki oleh Microsoft, MSN ini cukup berpengaruh dan mempunyai sebaran yang
sangat luas.
Secara peribadi, saya tidak begitu mempercayai artikel seperti ini melainkan
terdapat bukti kukuh tetapi memandangkan Mahathir terus menerus melemparkan
tuduhan liar dan berulang kali berbohong bahawa anak-anaknya tidak pernah
berniaga di Malaysia semasa dia menjadi PM walaupun terdapat catatan rasmi
yang menunjukkan bahawa anak-anaknya memiliki saham-saham utama di
sekurang-kurangnya 12 syarikat tersenarai, saya paparkannya dalam posting ini
supaya orang ramai boleh bertanya kepada beliau!
Artwright, Dataprep, Opcom, Konsortium Nasional, Tongkah, Hospital Pantai,
Pelikan dll ...
Namun dia tetap berpura-pura tidak nampak dan terus mengatakan bahawa
anak-anaknya tidak pernah berniaga di Malaysia ketika dia menjadi PM!
Dan tentu saja ada orang kanan Mahathir bernama Daim .....
Ini adalah kenyataan Daim yang mengaku secara peribadi 2 minggu lalu bahawa
dia memiliki 14 bank di 14 negara!
Dalam suratnya itu, Daim kemudian meminta rakyat Malaysia memujinya kerana
berjaya di persada dunia!
"ICB yang saya miliki telah beroperasi lebih dari 14 tahun di 14 negara dan
melibatkan tiga benua dan berjaya tersenarai di London. Saya menghapusnya
ketika menyedari bahawa saya terlalu tua untuk melakukan perjalanan ke luar
negara dan apabila tiada anak-anak saya mahu mengambil alih.
Saya rasa beberapa pengiktirafan harus diberikan kepada rakyat Malaysia
seperti saya yang berjaya mengibarkan bendera negara ke alam perniagaan di
sini dan di seluruh dunia. "
4 Oktober 2021 Daim menjawab 'obsesi' M'kini terhadap dirinya dengan berkata
wang amanah luar pesisir miliknya adalah sah. Link di
sini.
Jom kita tengok pembohongan terkini dua minggu lalu oleh Mahathir lagi yang
secara ironisnya bertajuk "PERJUANGAN MENENTANG KORUPSI" Link di
sini.
Kerala tulis…..
“3. Saya tidak menjalani kehidupan yang mewah.
9. Anak-anak saya tidak dibenarkan berniaga dengan Kerajaan. Mereka bahkan
tidak dibenarkan terlibat dalam politik. Apatah lagi menyertai UMNO.
Sebahagian besar perniagaan yang mereka lakukan semasa saya menjadi Perdana
Menteri adalah di negara-negara asing. Saya tidak mahu dituduh sebagai
nepotisme.”
Dan ini pula pembohongan yang sama oleh Kerala tahun lalu.
"6. Saya bahkan tidak membenarkan anak-anak saya berniaga di Malaysia, apalagi
mendapat kontrak Kerajaan. Mereka juga tidak diberi biasiswa Kerajaan kecuali
Mirzan yang mendapatkannya sebelum saya menjadi anggota Parlimen pada tahun
1964. Dan Mirzan terpaksa membayar balik 25%.” Link di sini.
Jom kita lihat apa yang dikatakan oleh MSN Money…
Ranking pemimpin terkaya yang pernah hidup - oleh Daniel Coughlin 3 jam yang
lalu.
Rakyat Malaysia sila perhatikan pemilik ranking ke 30 dari 36 orang yang
dipaparkan di sini -
30/36 SLIDES -Mahathir Mohamad: US $ 45 bilion (£ 32bn).
Mantan perdana menteri tertua di dunia, Mahathir Mohamad yang berkuasa sejak
1981 hingga 2003, dan sekali lagi antara 2018 hingga Februari 2020. Melalui
proksinya Tun Daim Zainuddin, pemimpin tua, yang kini berusia 95 tahun,
dikatakan mempunyai sekitar US$ 45 bilion (£ 32bn) yang disembunyikan dan
dianggap mempunyai kepentingan di hampir 50 bank seluruh dunia. Link di
sini.
Join our Telegram Channel