Netflix raih RM3.7 bilion daripada Squid Game sebulan selepas ditayangkan



Genap sebulan sejak ditayangkan, masih dilihat di media sosial di mana siri Squid Game hangat dibincangkan oleh para netizen.

Mana tidaknya, siri ini berjaya g berjaya meraih sehingga 111 juta tontonan sekaligus menjadi antara siri dengan tontonan tertinggi di Netflix.

Menariknya, Netflix dilaporkan berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda daripada apa yang dilaburkan.


Difahamkan Netflix telah membayar sebanyak $21.4 juta (~RM89 juta) untuk sembilan episod Squid Game dan sehingga kini mereka sudah berjaya meraih $891 juta (~RM3.7 bilion).

Dalam erti kata lain, Squid Game telah membuatkan Netflix untung kasar hampir 41 kali ganda atau 4,157% daripada apa yang dilaburkan.

Pastinya keuntungan Netflix akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang berikutan kehangatan siri ini yang mahu ditonton oleh orang ramai.


Sehingga kini, pengguna Netflix seluruh dunia sudah meluangkan masa sebanyak 1.4 bilion jam untuk menonton siri yang sedang trending ini.

Melihat kepada kejayaan siri drama Korea Selatan berkenaan, jelas menunjukkan siri yang berkualiti akan berjaya menarik penonton seluruh dunia untuk menontonnya meskipun tidak ditayangkan dalam bahasa Inggeris.

Tahniah diucapkan buat Squid Game atas kejayaan yang hebat ini. – Vocket

 

Join our Telegram Channel
Telegram