Najib saman Sam Ketot





Saya telah arahkan peguam saya untuk memulakan saman fitnah terhadap Shamsul.

Ini yang tidak akan diakui oleh mana-mana pemimpin dari geng sebelah sana walaupun ianya merupakan bukti mahkamah sebab mereka mahu teruskan propaganda menipu bahawa Najib kononnya curi RM2.6b untuk beli cincin dan beg tangan..


Mereka tidak akan mengaku:

- Bahawa saya telah dakwa bawah AMLA dan bukan mencuri mahupun merompak (sebagaimana pemimpin mereka dalam kes terowong) dan dana tersebut telah dipulangkan kepada penghantar.

- Bahawa saya didakwa dengan 9 pertuduhan menerima dana yang dikatakan RM2.6b itu dan juga didakwa dengan 7 pertuduhan memulangkan dana tersebut kepada penghantar 4 bulan selepas ianya dimasukkan ke dalam akaun atas nama saya.

Jadi, bagaimana pula saya simpan RM2.6b untuk "tampung gaya hidup" saya?

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram