Tayang bahu pula, netizen ingatkan Nora Danish tentang azab neraka



Meskipun kerap menerima teguran orang ramai berhubung penampilan seksinya, pelakon Nora Danish dilihat masih memuat naik foto yang boleh mengundang kecaman di laman Instagram miliknya. 

Terbaru, pelakon berusia 40 tahun itu berkongsi sekeping foto menggayakan dress berwarna putih ketika sambutan hari lahir seorang kenalannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.


“Mirror selfie”


Fesyen tersebut memperlihatkan bahagian sebelah bahunya agak terdedah sekali gus menarik perhatian pengikut bagi memberikan teguran terhadap imej yang disifatkan seksi itu.

Menerusi ruangan komen, ramai mengucap panjang termasuk mengingatkan pelakon drama Bougainvillea itu mengenai hukum mendedahkan aurat dan balasan akan diterima di akhirat kelak.


Apatah lagi usianya sudah mencecah 40-an, netizen menganggap Nora sepatutnya mengubah penampilan diri ke arah lebih sopan selain mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kejap tutup, kejap dedah



Terlalu tua untuk jadi remaja


Dah akhir zaman ni



Jangan sebab gambar ni, awak dapat balasan


Tak takut azab neraka ke?



Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu dikecam gara-gara ‘membelanja’ foto memperlihatkan bahagian punggung, bentuk badan semasa aktiviti mendaki bukit dan aksi mandi buih bersama suaminya Nedim Nazri. – Ohmymedia






 
Join our Telegram Channel
Telegram