MOSCOW – Senarai kekuatan tentera 2022 mendedahkan bahawa Rusia mempunyai angkatan tentera kedua paling kuat dan berkuasa di dunia, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.
Angka tersebut dikeluarkan oleh laman web statistik, Global Firepower.
Tinjauan pertahanan secara tahunan ke atas 140 negara itu menyusun kedudukan kuasa tentera daripada yang paling berkuasa hingga paling lemah. Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga teratas senarai Global Firepower dengan diikuti rapat oleh Rusia di tangga kedua.
Menurut senarai berkenaan, data itu dibina berdasarkan lebih 50 faktor berasingan untuk menentukan markah kekuatan sesebuah negara termasuk kategori ketenteraan, kewangan, keupayaan logistik dan geografi.
AS tersenarai di tempat pertama dengan skor indeks kuasa 0.0453. Ia dilihat tidak mengejutkan kerana negara itu mempunyai bajet pertahanan yang besar sebanyak AS$700 bilion (RM2.94 trilion) pada 2020, lapor laman HITC.com.
Rusia telah diberi skor 0.0501 dan dianggap mempunyai sekitar 900,000 anggota tentera yang aktif.
Pasukan tentera China pula mempunyai anggaran dua juta anggota tentera yang aktif dan diiktiraf untuk tenaga kerjanya serta mendapat tempat ketiga.
Britain ketinggalan di belakang pada tempat kelapan dengan India dan Perancis masing-masing menduduki tempat keempat dan ketujuh.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Putin arah Russia serang Ukraine
- Siri letupan kuat kedengaran di Kyiv dan Kramatorsk, Ukraine
- Ribuan penduduk Kyiv mula tinggalkan bandar
- 40 tentera Ukraine, 10 orang awam terkorban
- Puluhan ribu rakyat Ukraine lari ke negara jiran
- Tentera Rusia kedua terkuat di dunia
- Putin siapkan senjata nuklear untuk hadapi Barat
Join our Telegram Channel