Kad Pokemon dilelong RM1.4 juta



DALLAS, TEXAS – Sekeping kad permainan Pokemon edisi pertama dilelong pada harga AS$336,000 (RM1.4 juta) dalam satu acara lelongan sekali gus  lebih tinggi daripada harga anggaran AS$200,000 (RM836,873), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Menurut firma lelongan Heritage Auctions, Kad Dagangan Set Asas Edisi Pertama Charizard No. 4 Pokemon itu adalah item yang sangat dicari dalam kalangan pengumpul kerana ia merupakan kad Pokemon pertama dalam bahasa Inggeris.

Kad itu adalah satu daripada hanya 120 contoh yang menerima penarafan 10 mata daripada pemeriksa.


Heritage Auctions berkata, dengan harga bidaan tersebut, ia menjadikan item itu sebagai kad Pokemon paling mahal yang pernah dijual firma lelongan itu berbanding rekod sebelum ini iaitu pada harga AS$300,000 (RM1.3 juta).

Hujung Februari lalu, sekeping kad promosi Pokemon, Pikachu Illustrator Holo dari tahun 1998 dilelong pada harga AS$900,000 (RM3.8 juta) dalam satu acara lelongan anjuran Goldin.

Nilai itu adalah termahal yang pernah dibayar untuk sekeping kad Pokemon. – AGENSI 

 

Join our Telegram Channel
Telegram