SEDIH: Lebih 700 rumah musnah kebakaran di Tawau



TAWAU: Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.

Beliau berkata lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.


“Pasukan bomba dari BBP Semporna turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya. – FMT

 








Join our Telegram Channel
Telegram