Menganggu Dewan, Jelutong dihalau keluar lagi



RSN Rayer (PH-DAP-Jelutong) diarah keluar dari Dewan Rakyat selepas dia mengganggu bekas perdana menteri Najib Razak daripada membahaskan titah diraja.

Dia digantung menghadiri dewan oleh timbalan speaker Ramli Mohd Nor selama sehari.

Ini berlaku selepas Rayer menganggu Dewan Rakyat dan menghalang Najib daripada berbahas dalam titah ucapan diraja berhubung perkara berkaitan kewangan negara dan 1MDB.


Rayer menggunakan alasan aturan mesyuarat dengan memetik Fasal 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, berkata Najib tidak seharusnya dibenarkan menyebarkan pembohongan untuk mengelirukan Dewan.

Ramli berkata Rayer boleh membangkitkan isu itu apabila tiba gilirannya untuk berdebat di dalam dewan nanti.

Selepas beberapa percubaan menganggu Dewan, Ramli akhirnya meminta bentara mengiringi Rayer untuk keluar dewan. – cinca.news





Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram