Najib gembira pengundi Cina kembali sokong BN



BAKRI – Gelombang perubahan pengundi Cina kini kembali terarah kepada Barisan Nasional (BN),” kata Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN mengakui tidak merasai sambutan hangat seumpama ini pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu.

“Setakat ini ada tanda-tanda yang amat mengalakkan misalnya sambutan yang saya dapat pagi ini.


“Tak mungkin saya dapat pada 2018, itu satu perubahan yang cukup menggalakkan,” kata Najib ketika ditemui media selepas beramah mesra bersama dengan pengundi Cina di Taman Sakeh Baru pada Rabu.

Bekas Perdana Menteri itu berharap sokongan hangat yang diterimanya dan BN itu akan diterjemahkan dalam kertas undi pada 12 Mac ini.

Ketika melakukan walk about di restoran Cina pagi ini, Najib disambut meriah ratusan masyarakat Cina yang kelihatan teruja menyambut kehadiran bekas Perdana Menteri itu dan melaungkan “Bossku”.

Pada pilihan raya 2018, BN tewas selepas memerintah selama 61 tahun. Kerusi yang diperoleh pula jauh merosot kepada hanya hanya 79 berbanding 133 pada PRU-13.


UMNO, tunjang kepada BN hilang 34 kerusi apabila hanya menang 54 kerusi, berbanding 88 kerusi pada PRU-13.

MCA menyusut daripada tujuh kepada satu kerusi MIC (4-2).

BN pimpinan Najib pada ketika itu bukan sahaja gagal membentuk kerajaan, malah pencapaian jauh merosot daripada pilihan raya sebelum itu. – SuaraTV





Join our Telegram Channel
Telegram