PETALING JAYA: Jangan datang ke Parlimen jika anda antara individu yang yang
memeluk tokoh DAP, Lim Kit Siang pada kongres parti itu Ahad lalu – itu mesej
bekas Perdana Menteri Najib Razak susulan berita bahawa mentor parti itu
disahkan positif Covid-19 hari ini.
Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib turut mendoakan supaya Lim
segera sembuh.
Najib berkata, beliau menyedari bahawa ramai orang telah memeluk veteran DAP
itu pada kongres tahunan parti itu pada Ahad (di mana Lim telah mengumumkan
persaraannya daripada politik).
“Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
“Tapi saya perhatikan Kit Siang banyak berpeluk dengan geng-geng DAP semalam.
Hantaran Najib itu susulan laporan berita mengenai Ketua Pembangkang Anwar
Ibrahim yang turut disahkan positif Covid-19 selepas beliau menghadiri kongres
parti itu.
Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata Ahli Parlimen daripada DAP yang
telah memeluk Lim pada kongres parti harus melakukan kuarantin kendiri dan
tidak perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat bagi memastikan tidak berlaku
jangkitan di Parlimen akibat daripada kesilapan mereka.
Beliau turut mempersoalkan sama ada ahli DAP yang berkenaan patut dikenakan
kompaun kerana berpelukan.
“Kenapa pula artis AJL (Anugerah Juara Lagu) boleh disaman berpeluk tapi KKM
tak saman DAP?
“Saya tak berniat jahat tapi geng inilah yang paling seronok tuduh saya
langgar SOP sehingga KJ saman saya banyak kali,” kata Najib yang merujuk
kepada saman diterima dari Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana
melanggar SOP.
Minggu lalu, Khairy berkata lima notis kompaun telah dikeluarkan kepada Najib
kerana pelanggaran SOP semasa kempen pilihan raya negeri Johor.
Bagaimanapun, hanya satu yang disampaikan, kerana pegawainya enggan menerima
empat lagi notis kompaun, kata Khairy.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel