Tular video pukul anak tiri, polis buru pemandu lori



PETALING JAYA: Seorang pemandu lori diburu polis selepas tular video dia memukul anak tirinya berusia lima tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu dikatakan menampar dan memulas dua tangan kanak-kanak lelaki berkenaan sambil memarahinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol berkata, laporan berkaitan kes itu diterima daripada ibu mangsa berusia 25 tahun di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam sebelum satu video tular menerusi aplikasi WhatsApp.


“Hasil penelitian video itu mendapati suspek memarahi mangsa selain menampar dan memulas kedua-dua tangannya.

“Selain itu, ibu mangsa telah mempertahankannya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk kanak-kanak tersebut,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, siasatan mendapati pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak sebulan lalu. – FMT





Join our Telegram Channel
Telegram