Walau sakit, Dr M tetap turun kempen ditemani taikun hartanah


AYER HITAM: Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi umur yang panjang serta berpeluang turun berkempen di Ayer Hitam, Johor hari ini.

Mahathir berkata beliau mahu berkhidmat untuk negara dan memastikan rakyat di Johor tidak salah memilih kerajaan negeri.


“Saya datang sini bersyukur kerana boleh sampai sini. Satu masa saya ingat dah ‘habis’ dan tidak boleh bernyawa lagi tetapi doktor (merawat) saya pandai ‘gali’, masih hidup dan dapat buat lawatan.

“Saya bersyukur dengan kesihatan diri. Bagi saya tidak ada apa nak buat dan nyawa diberi ini khidmat untuk negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan 50 masyarakat Cina di sebuah restoran di Ayer Hitam.

Kata Mahathir, rakyat Johor perlu berani memilih partinya yang akan menjanjikan satu kerajaan yang stabil dan tidak memilih kerajaan yang terlibat dengan rasuah.


Turut hadir dalam pertemuan itu adalah kepimpinan dan penyokong Pejuang yang menyambut kehadiran beliau ke Ayer Hitam.

Selain itu, turut hadir taikun hartanah Lee Kim Yew yang juga berucap dalam majlis itu.

Lee berkata Mahathir banyak menjadi penyelamat untuk negara seperti ketika hadapi krisis kewangan pada 1990.

Beliau menyarankan pengundi memilih pemimpin yang betul dan tidak memilih pemimpin yang terpalit dengan rasuah. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram