PETALING JAYA: Perubahan seorang kanak-kanak yang kelihatan muram membongkar rahsia dia dijadikan mangsa kerakusan nafsu bapa kandung dalam kejadian di sebuah rumah di Arau, Perlis, semalam.
Mangsa berusia empat tahun itu disyaki diliwat bapanya berusia 51 tahun sebelum perbuatan itu disedari oleh nenek kanak-kanak malang tersebut.
Difahamkan, selepas kejadian, mangsa mengadu sakit kepada neneknya yang tinggal di rumah bersebelahan.
Ketua Polis Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada nenek mangsa sebelum suspek ditahan tengah malam semalam.
Katanya, terdahulu wanita terbabit menyedari perubahan pada cucunya yang kelihatan muram dan memanggilnya ke rumahnya.
“Mangsa kemudian beritahu dia sakit di bahagian dubur dan neneknya kemudian meminta dia menceritakan apa berlaku.
“Kanak-kanak yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu seterusnya memberitahu tentang perbuatan bapanya itu,” katanya menurut laporan Kosmo.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Arau untuk pemeriksaan doktor.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penganggur liwat rakan lelaki didakwa di mahkamah
- Banduan guna botol budu liwat rakan satu sel
- Bapa iblis liwat anak perempuan 4 tahun
- Kilas tangan sebelum liwat selama 2 jam
- Liwat 3 rakan sel, banduan dipenjara 23 tahun
- Penganggur liwat rakan lelaki didakwa di mahkamah
- Bapa didakwa rogol, liwat anak 3 tahun
Join our Telegram Channel