Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia



Bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa meninggal dunia hari ini, maklum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali pada satu kenyataan.

"Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini," katanya.

"Sesungguhnya, pemergian beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada Negara dan Perkhidmatan Awam.


"Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya lagi.

Ali Hamsa dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13, telah menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981.

Ali pernah berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan antaranya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi, Intan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri. – Mkini

 

Join our Telegram Channel
Telegram