Penduduk Thailand dibenar tanam ganja di rumah, bermula hari ini



BANGKOK: Bermula hari ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah.

Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan, ‘menghalalkan’ ganja di negara ini menimbulkan kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan ketagihan dadah.


Timbalan Pesuruhjaya Polis, Jeneral Roy Ingkapairote berkata, polis tidak akan menahan sesiapa yang menghisap ganja di rumah.

Namun jika mereka menghisapnya di kawasan awam dan menyebabkan gangguan awam, mereka boleh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perkembangan terbaharu undang-undang di negara ini yang diterbitkan dalam Warta Diraja, ganja dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang.


Ini bermakna pengeluaran, import, eksport, pengedaran, penggunaan dan pemilikan ganja adalah dibenarkan.

Penanaman ganja dibenarkan hanya untuk tujuan kesihatan dan perubatan, bukan bagi tujuan rekreasi. – Bangkok Post



Join our Telegram Channel
Telegram