Tular video Sultan Johor sound direct kepada menteri, 'mana janji-janji Dato?'



Sebuah video berdurasi beberapa saat di laman TikTok yang menunjukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur menteri yang berjanji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut mempersoal kepada bekas menteri yang ada ketika itu, ‘Mana janji-janji dato?’

Video tersebut yang turut tular di Twitter merakam ucapan Sultan Ibrahim yang ketika itu seperti menghadiri satu upacara rasmi melibatkan tentera.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, video tersebut diambil pada 2017.


Bagaimanapun, video yang tular tersebut telah mendapat sokongan kumpulan masyarakat yang berada di media sosial.

“Saudara-saudari sekalian, semenjak saya menjadi kolonel komandan regimen gerak khas 7 tahun yang lalu.

“Saya telah dengar banyak janji-janji yang ditaburkan oleh menteri, timbalan menteri dan ketua angkatan tertinggi tentera.

“Namun malangnya sehingga ke hari ini masih ada janji-janji yang belum ditunaikan.

“Pada hari ini saya nak tanya lagi, mana diving pool atau pun kolam renang untuk latihan meyelam yang sepatutnya dibina di kem ini.


“Malah saya juga dijanjikan sebuah istana yang dijanjikan untuk dibina dalam kem iskandar.

“Bayangnya pun saya belum nampak. Saya rasa bekas menteri pertahanan masa itu, kalau tidak silap saya, (tidak jelas) Latiff. Mana janji-janji dato?

“Saya harap pemimpin yang ada pada hari ini akan bertanggungjawab untuk mengotakan janji-janji yang telah dibuat,” titah baginda Sultan Johor sambil disambut sorakan sokongan, “Betul-betul.”

Netizen yang menonton kebanyakannya turut bersetuju dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim.

Walaupun ucapan ini sudah lama, namun akar masalahhya tetap sama. Kebanyakan janji masih gagal dipenuhi oleh mereka yang memegang tampuk pimpinan sehingga sekarang. – Vocket





Join our Telegram Channel
Telegram