“Mungkin ustaz F&N yang dirogol” – Netizen kecam kenyataan Pengerusi Kem Tahfiz



Kecoh di media sosial mengenai seorang penceramah bebas ditahan atas tuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan warganet mengenai lelaki tersebut.

Terbaru, hantaran di platform Facebook milik  dikenali Ezzat Tahir telah mengundang kritikan ramai apabila kenyataan yang ditulisnya adalah tidak berasas.

Menerusi perkongsian tersebut, Ezzat Tahir dilihat mempersoalkan tuduhan seorang penceramah bebas dikenali Ustaz F&N merogol remaja perempuan berusia 14 tahun berkali-kali.

Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati ramai apabila Ezzat membuat andaian gadis tersebut sebenarnya merogol Ustaz FN kerana ia berlaku berkali-kali.



Susulan ‘kenyataan’ yang tidak berasas yang dibuat, lelaki tersebut dikritik ramai dengan mengatakan ia tidak wajar dijadikan bahan jenaka lebih-lebih lagi soal rogol.

Tidak berdiam diri, Ezzat dilihat membalas komen pengguna lain di mana dia mempertikaikan punca kejadian itu berlaku sehingga menambahkan amarah ramai.

Ezzat berkata, mereka seharusnya menyatakan sama ada remaja perempuan itu dirogol secara paksa atau dipukul dalam laporan polis dan bukannya dibiarkan tergantung sepi sehingga menimbulkan tanda tanya.




Seriuslah orang tahfiz macam ni? Memalukan sungguh


Apa yang dikesali ramai apabila mengetahui lelaki tersebut sebenarnya seorang pengerusi kem tahfiz.






Otak simpan dalam peti ais atau saja cari populariti? Risau pulak kalau ada anak perempuan nanti


Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan kebijaksanaan lelaki itu sebelum dan semasa menulis kenyataan tersebut di media sosial. Ramai berpendapat kata-kata daripada seorang pengerusi tahfiz seperti ini jelas menunjukkan betapa rosakkan pemikiran seseorang beragama.

Malah, ada yang meminta agar lelaki itu menjaga anak perempuannya (sekiranya ada) kerana risau bakal menjadi seorang perogol pada masa akan datang.



Patutlah mangsa rogol takut nak buat laporan polis


Kenyataan yang ditulis oleh Ezzat ini membuatkan ramai warganet kecewa sehingga ada mengatakan ia adalah satu punca mangsa rogol takut untuk membuat laporan polis.



Harap Encik yang Bijak faham klausa bawah umur dulu


Selain itu terdapat warganet meminta ‘pengerusi kem tahfiz’ itu memhami dengan lebih mendalam mengenai klausa bagi pertuduhan persetubuhan individu di bawah umur.



Menurut portal OMM, posting tersebut telah pun dipadam oleh Ezzat Tahir setelah menerima banyak cemuhan. – OhMyMedia



Join our Telegram Channel
Telegram