Rogol bawah umur, Ustaz popular direman lagi (4 gambar)



IPOH - Seorang penceramah bebas direman lagi selama lima hari sehingga 1 Ogos depan berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, pada Khamis.

Permohonan reman dibuat bagi membolehkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu disiasat membabitkan kes yang berlaku di negeri ini pada Januari lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini.


Suspek yang bergari dan berpakaian berwarna ungu dibawa masuk ke mahkamah berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari.

Individu tersebut sebelum ini pernah direman di Selangor selama lima hari bagi kes sama.

Polis Perak sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan kes rogol membabitkan penceramah bebas yang telah ditahan di Selangor pada 18 Julai lalu.

Pada 19 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 14 tahun telah berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu dan daripada perkenalan tersebut, mangsa bersama suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

Setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama. – Sinar












Join our Telegram Channel
Telegram