Ramai follower IG saya tak tutup aurat, dapat dosa berterusan – Ustaz Fathi Naim



Ramainya orang-orang muda terutama perempuan-perempuan ni dia suka letak gambar dekat insta, dekat fb dekat twitter.

Letak gambar itu satu hal, kemudian ramai di kalangan mereka yang tak menutup aurat.

Awak tau tak di saat kita letak, dia menanggung dosa yang besar, betapa ramai manusia yang melihat dia tidak menutup aurat, dia tidur pun dalam keadaan berdosa kepada Allah.

Kita nampak macam cantik kan?


Konon-konon selfie la. Muka macam biawak. Ya Allah hai. Kalau cantik tu takpe.

Gambar yang tak sepatutnya dilihat, dilihat oleh orang yang tak sepatutnya, umpamanya orang ajnabi.

Sepanjang masa di akan mendapat dosa dari Allah. Berapa ribu orang lihat, berapa ribu like, dia akan dapat dosa sebanyak itu.

Sampai bila?

Sampai bila-bila selagi mana benda itu tak terhapus. Itutak termasuk kalau orang tu save gambar tu.


Kalau tengok kat saya punya instagram ni banyak gila follower-follower yang perempuan-perempuan ambil gambar semua mengarut-ngarut post dekat public and then dia nak supaya orang komen orang like.

Walaupun dia dapat komen like, tapi dosa kepada Allah taala itu berterusan.

Dalam bab ini kita kena reti bahawa di saat kita menanggung dosa pada Allah, kalau Allah matikan kamu dalam keadaan itu, agak-agak awak dapat syurga ke neraka?

Kita nak kena faham bahawa akhirat esok ada dua tempat je tau samada awak tak pergi syurga atau neraka.

Awak pergi syurga atau neraka?

Dia takde tempat-tempat persinggahan yang lain. – Ustaz Fathi Naim






Join our Telegram Channel
Telegram