Perkongsian terbaharu, usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri sekali
lagi menerima kecaman ramai apabila ia diatakan keterlaluan dan menjatuhkan
maruah.
Mana tidaknya, video yang dimuat naik oleh usahawan berusia 35 tahun itu
dilihat seolah-olah sedang beronani di bawah selimut dan isterinya Datin
Shahida turut berada bersebelahan dengannya di atas katil.
Apa lebih mengecewakan apabila video tersebut adalah bertujuan untuk
mempromosikan tudung muslimah namun ‘marketing’ yang diketengahkan oleh
usahawan tersebut adalah tidak bersesuaian.
Bukan itu sahaja, bahkan anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra juga
memperagakan tudung dalam video tersebut.
Hilangnya maruah demi kekayaan….Tak tahu malu kat anak ke?
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka
meluahkan kekesalan dengan tindakan Aliff yang ternyata masih tidak insaf
menggunakan taktik murahan bagi menarik perhatian ramai.
Selain dikritik oleh warganet, ibu kepada usahawan tersebut iaitu Rozita
Ibrahim turut meluahkan rasa terkejut dan membidas iklan berkenaan sehingga
melabelkan ia sebagai ‘bongok’ kerana tidak memikirkan kesan negatif setelah
dipertontonkan.
Terdahulu, usahawan kontroversi itu memberitahu dirinya sudah bertaubat
daripada melakukan konten murahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai.
Jelas Aliff, dia mengakui berasa malu dengan anak-anak yang semakin membesar
dan berazam menjadi lebih matang.
Seperti yang dikatakan oleh bekas pengacara Motif Viral, pempengaruh media
sosial kebanyakannya sengaja memuat naik video kontroversi walaupun tahu
perbuatan itu akan mengundang kecaman ramai.
Namun disebabkan mahu mendapatkan perhatian atau melariskan sesuatu, etika
menggunakan media sosial diketepi bagi memastikan ‘keuntungan’ tercapai
Sekadar info, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007
serta dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahr,
Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arsyiah. – Ohmymedia
Join our Telegram Channel