Ini satu penglaporan berita FITNAH yang langsung tidak bertanggungjawab dan
beretika. AWANI seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan
hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga
mencetuskan persepsi negatif.
Saya turut berada dalam Mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi
hingga pukul 1.30 tengahari. Tiada langsung agenda perbincangan mendesak PM
mencampuri urusan mahkamah apatah lagi seolah-olah wujud pertentangan di
kalangan kepimpinan Bahagian mengenainya.
Apakah logik untuk mendesak PM campur tangan kes SRC yang sudah sampai ke
peringkat Mahkamah Persekutuan? Lagipun bukan PM yang melantik Hakim-Hakim
Mahkamah Persekutuan yang ada hari ini, tidak sebagaimana zaman Tun Mahathir
yang terlibat dalam pemilihan hakim-hakim seperti dakwaan Tommy Thomas selaku
Bekas Peguam Negara dalam bukunya
‘My Story: Justice in the Wilderness.’
Apa yang boleh saya kongsikan secara umum, perbincangan tadi lebih kepada
isu-isu mengenai PRU-15.
Saya berharap AWANI lebih bertanggung-jawab dalam penglaporan berita dan
berpegang kepada etika kewartawanan yang tinggi bukan seperti media-media
pojok murahan yang lain.
"Ya, saya akan bawa cadangan dalam Mesyuarat Pengurusan Parti akan datang
untuk mencadangkan agar memulakan SAMAN ke atas Awani yang melaporkan berita
palsu tanpa asas yang menimbulkan prasangka negatif dan buruk kepada
UMNO. "
– Dr Asyraf Wajdi Dusuki
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel